PARLIMEN MALAYSIA, 31 Julai – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit (kini dikenali sebagai DUN Ketereh), Kelantan, YB Senator Muhamad Mustafa hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun.
YB Senator Muhamad Mustafa mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara, di sini.
YB Senator Muhamad Mustafa, 59, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan menjadi ADUN Demit pada 2008 hingga 2013, juga merupakan Anggota Jawatankuasa Ulama PAS Kelantan.