PARLIMEN CIPTA SEJARAH TUBUH KAUKUS DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
 

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Parlimen sekali lagi melakar sejarah dengan tertubuhnya sebuah Kaukus Dewan Negara iaitu yang pertama di negara ini.

Menurut Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran, penubuhan kaukus itu dipersetujui Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara secara sebulat suara.

"Sukacita ingin saya memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara telah bermesyuarat pada Khamis (12 Dis, 2019) dan sebulat suara bersetuju bagi membentuk sebuah kaukus Dewan Negara seperti mana yang dilaporkan melalui kertas dewan DN2/2019 Penyata khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara yang telah saya perintahkan untuk dibentangkan di meja mesyuarat pada hari ini.

“Semoga semua ahli kaukus dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik,” katanya ketika persidangan Dewan Negara dimulakan pagi ini.

Vigneswaran berkata keahlian kaukus terdiri daripada 13 ahli senator iaitu Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, Senator Datuk Paul Igai, Senator Datuk Ismail Yusop, Senator Datuk Razali Idris, Senator Nga Hock Cheh, Senator Datuk Theodore Douglas Lind, Senator Datuk Ismail Ibrahim, Senator Datuk Dr S Ananthan.

Keahlian kaukus yang lain ialah Senator Datuk Lee Tian Sing, Senator Asmak Husin, Senator Raj Munni Sabu, Senator Adrian Lasimbang dan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Sementara itu, Mohd Yusmadi berkata, mesyuarat pertama Kaukus Dewan Negara dijangka dapat dibuat pada sesi Dewan Negara kali ini bagi melantik jawatan tetap pengerusi kaukus itu.

Beliau berkata, secara lazimnya, kaukus berkenaan boleh berfungsi sebagai platform untuk ahli Parlimen mahupun senator untuk mencadangkan dan memperhalusi sesuatu isu seperti perkara yang melibatkan kepentingan awam.

“Penubuhan kaukus ini dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara. Kami mewakili rakan-rakan senator dari pelbagai latar belakang selama ini telah berusaha ke arah reformasi Parlimen dalam konteks Dewan Negara.

“Platform ini diiktiraf di bawah amalan Parlimen serta di peringkat antarabangsa. Agenda pemerkasaan dan reformasi Parlimen oleh kerajaan ternyata berhasil dan dapat berjalan seiring,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ismail Yusop pula berkata kaukus itu adalah hasil usaha kesinambungan rakan-rakan senator terdahulu yang telah tamat perkhidmatan serta memberikan komitmen yang baik. -- BERNAMA

 


Kemaskini terakhir pada: 17 Disember 2019 | Hits: 5270

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 21/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my