PENDENGARAN AWAM RUU SURUHANJAYA BEBAS ADUAN SALAH LAKU POLIS DI KUCHING
control 1control 2control 3
 
 

KUCHING: Sesi pendengaran awam mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) diadakan di sini, bagi mendapatkan maklum balas pihak-pihak berkepentingan dan orang awam. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Mengenai IPCMC Ramkarpal Singh berkata, sebanyak 60 individu mewakili pelbagai persatuan dan organisasi di Sarawak mengambil bahagian dalam sesi pendengaran itu.

Beliau berkata, antaranya ialah Persatuan Bekas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sarawak, pegawai-pegawai kanan polis Sarawak, Kenyalang Prodigy dan banyak lagi."Tujuan sesi pendengaran awam ini diadakan untuk membincangkan RUU IPCMC yang telah dibawa atau dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang- Undang bagi pertimbangan
undang-undang.  "Ini adalah inisiatif Parlimen bagi membincangkan dan memberi syor-syor tentang pindaan yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan," katanya pada sidang media mengenai sesi pendengaran awam tentang RUU IPCMC itu di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Ramkarpal berkata, terdapat 25 pindaan yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan untuk dikaji berhubung RUU IPCMC."Malah, kami juga perlu turun padang untuk mendapat maklum balas daripada orang awam dan badanbadan yang mempunyai kepentingan dan sebagainya bagi memastikan keberkesanan IPCMC ini." Justeru adalah amat penting untuk kami pergi ke semua tempat yang mampu dilawati dalam masa singkat kerana kami hanya diberi masa sehingga 18 November depan untuk melengkapkan laporan sebelum dikemukakan kepada kabinet," ujarnya.

"Selepas Sarawak (Kuching), kami akan meneruskan sesi pendengaran awam ini di Pulau Pinang, Johor Baharu dan Kota Kinabalu pada minggu akan datang," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Tambah beliau, pelbagai isu akan dibincangkan termasuk peranan yang akan dimainkan oleh IPCMC bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan tugas agens-agensi penyiasatan seperti polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ditanya mengenai tarikh laporan ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat, beliau memberitahu bahawa pihaknya belum menerima tarikh rasmi dan hanya diberi tarikh akhir untuk menyiapkan laporan RUU IPCMC iaitu 18 November. "Peranan kami adalah untuk membuat satu laporan komprehensif yang akan mengambil kira semua pandangan 'untuk' dan 'menentang' RUU IPCMC ini yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat dan tarikh akhir untuk menyiapkan laporan itu adalah 18 November 2019," katanya.

IPCMC dicadangkan bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang telah ditubuhkan pada 2004 susulan kebimbangan orang awam terhadap peningkatan kes kematian mangsa dalam tahanan, dakwaan kekejaman polis serta salah guna kuasa. Skop EAIC dilihat lebih meluas dalam memantau lebih banyak agensi penguatkuasaan namun kuasanya adalah terbatas memandangkan ia hanya boleh membuat syor kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) agensi penguatkuasaan berkenaan.

Sementara IPCMC dikhususkan hanya kepada anggota PDRM kerana ia telah diperuntukkan dengan satu bidang kuasa baharu iaitu kuasa kawalan tatatertib selaras dengan proviso kepada Perkara 140 (1) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan suatu badan lain selain daripada Suruhanjaya Pasukan Polis untuk menjalankan kuasa kawalan tatatertib ke atas pasukan polis.

Pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat bersetuju sebulat suara untuk menghantar RUU IPCMC ke Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang bagi tujuan penambahbaikan. Keputusan itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2), Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong membentangkan bacaan kali kedua RUU itu yang telah mendapat bantahan terutama Ahli Parlimen daripada blok pembangkang. - 
Utusan Borneo Sarawak. M/S 2 (26/10/2019)


Kemaskini terakhir pada: 4 Disember 2019 | Hits: 11882

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my