PERASMIAN PERSIDANGAN SPEAKER-SPEAKER PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SE-MALAYSIA 2024
control 1control 2control 3
YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak telah merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada hari ini.

Ketibaan YAB Premier disambut oleh YB Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker DUN Sarawak.

Terlebih dahulu, dalam ucapan YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, menegaskan  bahawa institusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri hendaklah sentiasa mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat. Selain itu, kedudukan Speaker yang terlibat dalam proses penggubalan undang-undang negara juga perlu dihormati.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut memaklumkan dalam rangka jelajah lawatan kerja beliau ke DUN Semenanjung Malaysia yang telah diadakan dari 24 Julai hingga 21 Ogos 2024 dilihat sebagai platform bertukar pandangan dan membincangkan cabaran serta penyelesaian komprehensif sebagai institusi legislatif di peringkat Negara dan Negeri. 

Kefungsian Parlimen perlu diperkukuhkan sebagai medan utama di mana dasar-dasar negara dibahaskan dan dibentuk demi kebaikan rakyat. 

Selain itu, YB Tan Sri turut mengumumkan Parlimen Malaysia akan  mempengerusikan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada tahun 2025 sempena Kepengerusian ASEAN 2025.  Justeru,  ia merupakan peluang terbaik bagi mengukuhkan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, keselamatan, pendidikan, alam sekitar dan kesihatan.

Kepengerusian AIPA menjadi peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik dan mengeratkan hubungan antara negara anggota ASEAN serta kerjasama antara ahli-ahli parlimen dalam rantau ASEAN.

YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas penganjuran Program Persidangan Speaker-Speaker Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 yang penuh gilang gemilang.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dalam ucapannya berkata Persidangan ini telah dihadiri oleh 15 orang Speaker, 14 orang Timbalan Speaker, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, serta 12 orang Setiausaha Dewan terdiri daripada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan DUN Se-Malaysia. Sebanyak tiga (3) Kertas Kerja telah dibentangkan pada Persidangan Kali ini.

YB Tan Sri Speaker DUN Sarawak turut memaklumkan Dewan Undangan Negeri Melaka akan menjadi tuan rumah pada Persidangan Speaker-Speaker Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia tahun 2026.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
13 September 2024

Kredit foto: Arjunna Putra | Hazirah

Kemaskini terakhir pada: 17 September 2024 | Hits: 833

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 03/12/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my