PERHIMPUNAN BULANAN PARLIMEN MALAYSIA DAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2024
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah hadir ke majlis Perhimpunan Bulanan Parlimen Malaysia Dan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024 peringkat Parlimen Malaysia berlangsung di Dewan Bankuet, Blok Utama, Kompleks Parlimen Malaysia hari ini.

YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM) dalam ucapan amanatnya menekankan empat (4) nilai teras yang terdiri daripada Intergriti (Integrity), Kebertanggungjawaban (Accountability), Terbuka (Openness), Dan Tatakelola Yang Baik (Good Governance) sebagai nilai teras utama, nilai dokongan dalam hala tuju Parlimen Malaysia pada masa hadapan.

Antara intipati amanatnya KPPM berhasrat untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Antirasuah/Anti-Bribery Management Systems (ABMS) kepada Parlimen Malaysia supaya memastikan pencegahan daripada berlakunya risiko rasuah dan memastikan pengurusan tatakelola yang baik.

Pelbagai aktiviti dan program akan dirancang serta memperkukuhkan saluran komunikasi kepada rakyat dalam kerangka merakyatkan Parlimen Malaysia.

Dalam konteks memacu transformasi dan inovasi KPPM mengingatkan mengenai kepentingan melaksanakan transformasi digital dan mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam merangsang inovasi dan meningkatkan produktiviti serta daya saing.

KPPM turut mengingatkan agar warga Parlimen Malaysia sentiasa bersedia menangani perubahan dalam organisasi dengan tujuan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan selaras dengan keadaan semasa.

Para hadirin juga ditayangkan video khas simbolik kepada Ulang Tahun Parlimen Malaysia Ke-65 Tahun yang akan disambut pada 11 September 2024 ini.

Mengakhiri majlis, Dewan Bankuet telah digegarkan dengan laungan suara warga Parlimen Malaysia menyanyikan lagu Darah Satria dan Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera bagi membangkitkan semangat patriotik.

Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan seluruh warga Parlimen Malaysia atas komitmen dalam menjayakan perhimpunan kali ini.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
5 September 2024

Kredit foto: Arjunna Putra | Daniel

Kemaskini terakhir pada: 6 September 2024 | Hits: 78

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 06/09/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my