YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan perjumpaan bersama Speaker DUN Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim bin Haji M. Yahya di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Sabah.
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul turut diberikan taklimat oleh Speaker DUN Sabah dalam sesi lawatan. Pertemuan ini akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
17 September 2024
Kredit Foto: Arjunna Putra