PARLIMEN MALAYSIA, 27 Februari - Persidangan Dewan Rakyat hari ini telah dimulakan dengan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
Seterusnya, YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Ahli Parlimen Larut sebagai Ketua Pembangkang telah menyampaikan perbahasan Belanjawan di peringkat dasar. YB Dato’ Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memperuntukan tempoh perbahasan selama 90 minit.
Pada sesi sebelah petang pula, sesi perbahasan telah disambung oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan. Perbahasan Belajawan pada hari ini telah melibatkan 19 orang Ahli Parlimen dimana YB Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah menjadi perbahasan terakhir.
Persidangan Dewan Rakyat telah ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, Selasa, 28 Februari 2023.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan | Arjunna Putra | Hazirah
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia