PROGRAM INTAN MINISTER’S CONVERSATION
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dijemput untuk menyampaikan syarahan dalam sesi bual bicara dengan tema “Kepimpinan Berwibawa Tonggak Kestabilan” sempena penganjuran Program Intan Minister’s Conversation di Intan Bukit Kiara hari ini.

Antara perkara utama yang ditekankan adalah hubungan erat antara demokrasi berparlimen dan perkhidmatan awam dalam memastikan kelancaran pentadbiran negara.

Selain itu, peranan Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai mekanisme semak imbang kepada kementerian.

Objektif program adalah meningkatkan pemahaman mengenai hubungan dinamik antara penjawat awam dan pembuat dasar, serta bagaimana kestabilan politik menjadi tunjang kepada pembangunan negara.

Hadir bersama dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan serta YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat dan warga Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
24 September 2024

Kredit Foto: Julie

Kemaskini terakhir pada: 26 September 2024 | Hits: 3581

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 15/10/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.040 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my