PROGRAM KHAS PARLIMEN MALAYSIA BERSAMA YOUNG PRESIDENT ORGANIZATION (YPO) MALAYSIA CHAPTER
control 1control 2control 3

YB Nga Kor Ming, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mempengerusikan simulasi perbahasan persidangan Dewan Rakyat.

 

KUALA LUMPUR, 28 September - Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tuan Nga Kor Ming telah bekerjasama menganjurkan sebuah program khas ”Learning Event Young Presidents’ Organization to Parliament of Malaysia” bersama Young President’ Organization (YPO) Malaysia Chapter.

 

Peserta program khas ini terdiri daripada 80 orang pemimpin – pemimpin muda yang mempunyai keahlian bersama YPO daripada seluruh negara dan pelbagai bidang industri.



YB Nga Kor Ming, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merakam gambar bersama para peserta program YPO
 

Sepanjang program ini, para peserta telah diberi peluang untuk melawat Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta diberi pendedahan berkaitan simulasi perbahasan seperti persidangan Dewan Rakyat.

 

Turut hadir bagi menyerikan program ini adalah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.

 

 


Kemaskini Terakhir pada: 10 Oktober 2018 | Hits: 1656

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my