PROGRAM LAWATAN KE DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK
Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KESPA) telah menganjurkan program lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 27 Julai 2023 (Khamis). Objektif ialah bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama dan perkongsian maklumat antara Parlimen Malaysia dan DUN Perak.
YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengetuai lawatan ini. Sesi taklimat telah disampaikan oleh YB Dato' Mohammad Zahir Bin Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia bersama Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Parlimen Malaysia.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Julie
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
28 Julai 2023Kemaskini terakhir pada: 28 Julai 2023 | Hits: 1959