PROGRAM LIBAT URUS MESYUARAT KETIGA SIDANG DEWAN RAKYAT BERSAMA PENGAMAL MEDIA
control 1control 2control 3
Program Libat Urus Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Rakyat Bersama Pengamal Media telah berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen Malaysia hari ini.

Program telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Beliau berkata pengamal media memainkan peranan penting dalam memberi pengetahuan dan pemahaman kepada masyarakat mengenai fungsi Parlimen sebagai institusi perundangan.

Selain itu, penyediaan laporan berita dan analisis tepat serta jelas membantu masyarakat memahami rang undang-undang (RUU) yang dipinda selain dibincang di Dewan Rakyat.

YBhg. Dato’ Ahmad Husaini turut menghargai peranan pengamal media yang sentiasa melaporkan setiap perkembangan berlaku di Dewan Rakyat, sama ada semasa atau di luar persidangan.

Selain itu, bagi memastikan keselesaan kepada petugas media pihak Parlimen Malaysia turut menyediakan Pusat Media dengan ruang kerja yang tersusun serta kemudahan internet sepanjang sidang dewan berlangsung.

Seterusnya, perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkata sebagai penggubal undang-undang, Ahli Parlimen perlu berusaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran bagi mencadangkan dan melaksanakan dasar yang memenuhi keperluan rakyat.

Pihak Parlimen Malaysia turut berterima kasih atas sokongan dalam membantu menjayakan agenda dan aspirasi Parlimen Malaysia sama ada melalui platform penyiaran arus perdana mahupun media sosial. Diharapkan semua pihak akan dapat terus bekerjasama dengan baik pada masa akan datang.

Antara yang telah menyampaikan taklimat dalam program ini ialah YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Pensyarah Undang-Undang dan Pakar Perlembagaan, YBrs. Dr Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBrs. En. Mohd Dzikrullah bin Junus, Setiausaha Bahagian, Bahagian Komunikasi Korporat.

Hadir bersama dalam program ini ialah YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
25 September 2024

Kredit Foto: Daniel

Kemaskini terakhir pada: 26 September 2024 | Hits: 4023

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 15/10/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.061 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my