PROGRAM ROUNDTABLE WITH PARLIAMENTARIANS
control 1control 2control 3

 

YB Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat (duduk tengah) bergambar bersama peserta program

 

Kuala Lumpur – Program Roundtable with Parliamentarians : Aligning National Legislation with International Standards on Freedom of Expression, Access to Information and Press Freedom anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah berlangsung pada 25 September lepas bertempat di Bilik Jamuan, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

 

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Prof. Dato' Dr. Aishah binti Bidin, Timbalan Pengerusi SUHAKAM, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.

 



Dr Ming-Kuok Lim, Penasihat Komunikasi dan Maklumat UNESCO mengendalikan sesi perbincangan pertama
 

Secara umumnya, program ini telah dibahagikan kepada empat sesi iaitu :

  1. The interplay between international standards and the Federal Constitution

  2. Access to information – A pre-requisite for a functioning democracy

  3. Proportionate, Necessary, Legitimate, and Prescribed by Law : Considerations to defamation and hate speech 

  4. Collaboration between Parliament and other Stakeholders

 

Setiap sesi perbincangan ini dikendalikan oleh moderator yang pakar dalam bidang masing-masing, antaranya adalah :

  1. Dr Ming-Kuok Lim, Penasihat Komunikasi dan Maklumat UNESCO

  2. Cik Masjaliza Hamzah, Perunding dan Penyelidik Hak Asasi Manusia

  3. Encik Jerald Joseph, Suruhanjaya SUHAKAM

  4. Cik Gayathry Venkiteswaran, Pembantu Profesor Universiti Nottingham Kampus Malaysia


Kemaskini Terakhir pada: 5 Oktober 2018 | Hits: 3137

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my