YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat menghadiri sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 yang telah berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu semalam.
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Mahiruddin.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri turut menyampaikan amanat utama di hadapan ribuan rakyat yang hadir sebagai tanda sokongan serta semangat cintakan negara.
Sanbutan pada kali ini memfokuskan kepada nilai-nilai patriotisme, kemerdekaan dan perpaduan antara pelbagai etnik serta budaya di Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
17 September 2024
Kredit foto: Arjunna Putra