YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara telah merasmikan Seminar Jubli Emas Hubungan Diplomatik Malaysia – Republik Rakyat China di Bilik Taklimat, Blok Utama, Bangunan Parlimen hari ini.
Penganjuran bersama Parlimen Malaysia dan Kelab Senator Malaysia, Dewan Negara adalah bersempena genapnya 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Republik Rakyat China pada tanggal 31 Mei 2024.
Berlangsung juga sesi pembentangan kertas kerja oleh YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan dan YBhg. Dato’ Goh Hin San, Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia.
Seminar ini sebagai inisiatif untuk mengetengahkan sejarah, perkembangan semasa dan harapan masa hadapan hubungan diplomatik kedua-dua buah negara.
Turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YB Senator Ahli Dewan Negara, mahasiswa dan ahli persatuan sosiobudaya.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
30 Mei 2024
kredit foto: Julie