Berita Terkini
control 1control 2control 3


YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat menerima kunjungan hormat daripada Rt. Hon. Gerry Brownlee, Speaker of the New Zealand House of Representatives di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia semalam.Berlangsung juga mesyuarat dua hala bagi kedua-dua wakil negara yang telah dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat antaranya membincangkan hubungan Malaysia-New Zealand serta menyentuh peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun depan.Selain itu, Rt. Hon. Gerry Brownlee dan delegasi turut diberikan taklimat mengenai Parlimen Malaysia ketika dibawa melawat Dewan Rakyat dan sekitar pekarangan Parlimen Malaysia.Turut diadakan pertemuan antara delegasi bersama YB Tuan William Leong Jee Keen, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia Kelima Belas merangkap Ahli Parlimen Selayang di Bilik Kunjungan Hormat, Blok Utama, Parlimen Malaysia.Ketibaan Speaker of the New Zealand house of Representatives di Parlimen Malaysia telah disambut oleh YB Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.Bahagian Komunikasi KorporatParlimen Malaysia15 Julai 2024Kredit foto: Julie
Layout space
Kemaskini Terakhir: 16 Julai 2024  Spacer | Spacer Hits: 111
Layout space


Sekalung tahniah diucapkan kepada seorang Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.Ahli-ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah seperti berikut :i)    YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah - Lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 15.7.2024.Dalam ucapan YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengalu-alukan pelantikan YB Senator Dato Awang Bemee sebagai Ahli Dewan Negara.Sebagai sebuah badan legislatif tertinggi negara, beliau juga mengingatkan YB Ahli Dewan Negara dapat melontarkan idea, pandangan serta cadangan yang benar-benar bebas daripada pengaruh peribadi dan politik dalam memutuskan sesuatu rang undang-undang atau usul selari dengan perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed turut menyeru YB Ahli Dewan Negara kepentingan untuk menjalinkan hubungan dengan erat bersama media serta berkongsi input terutama melalui media sosial untuk disebarluaskan sejajar dengan pengalaman, kepakaran dan profesionalisme masing-masing. Hadir bersama ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.Bahagian Komunikasi KorporatParlimen Malaysia15 Julai 2024Kredit Foto: Nazri Rapaai @fotopenerangan
Layout space
Kemaskini Terakhir: 16 Julai 2024  Spacer | Spacer Hits: 136
Layout space


YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyampaikan ucapan aluan sempena program Regional Conference On : Climate Resilience in Southeast Asia : Strengthening the Role of Parliamentarians yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Blok Utama, Kompleks Parlimen Malaysia.Sementara itu, ucapan penutup telah disampaikan oleh YB Wong Chen, APHR Board Member merangkap Ahli Parlimen Subang pada program ini.Program yang berlangsung selama dua hari boleh disaksikan menerusi Youtube Rasmi Parlimen Malaysia.Hari Pertama:https://www.youtube.com/live/0V4MP0sfr0I?si=I-_cTbtZx_2MTsAsHari Kedua: Welcome Speech & Discussion 2https://www.youtube.com/live/gTAwAFeriVU?si=o1341fmIRWyciiIkDiscussion 3 https://www.youtube.com/live/QgKfDSUEsXg?si=TnpyMUczKj8JSnJgDiscussion 4 https://www.youtube.com/live/MGqlVStyOXU?si=IoInmr9NulTKnSxOBahagian Komunikasi KorporatParlimen Malaysia13 Julai 2024Kredit foto: Daniel
Layout space
Kemaskini Terakhir: 16 Julai 2024  Spacer | Spacer Hits: 93
Layout space

Senarai Lain

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 27   >

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.025 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my