SESI PENDENGARAN AWAM IPCMC DI EMPAT NEGERI
control 1control 2control 3
 
 

KUALA LUMPUR, 23 Okt -- Sesi pendengaran awam mengenai Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) akan diadakan di empat negeri bagi mendapatkan maklum balas pihak-pihak berkepentingan dan orang awam.

 

Empat negeri itu ialah Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Mengenai IPCMC Ramkarpal Singh berkata sesi pertama akan diadakan di Bilik Seri Sarawak, bangunan lama Dewan Undangan Negeri Petra Jaya, Kuching, Sarawak, pada 26 Okt.

Sesi berikutnya akan berlangsung pada 2 Nov di Bilik Gerakan, Aras 4 Bangunan Persekutuan Pulau Pinang; diikuti di Bilik Gerakan Dewan Negeri, Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar, Johor pada 8 Nov; dan di Bilik Kedah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Nov.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pilihan Khas menjemput pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan yang berdaftar dan individu ke sesi pendengaran awam itu bagi memberi pandangan penambahbaikan berkaitan Rang Undang-undang Mengenai IPCMC, katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Kesemua sesi pendengaran awam akan dilakukan bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

"Pengumpulan maklum balas ini penting untuk jawatankuasa menambah baik IPCMC sebelum kami membentangkan laporan pada Mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Nov," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh melayari laman web Parlimen di www.parlimen.gov.my, atau menghantar maklum balas bertulis berbentuk e-mail ke jkpk.ipcmc@parlimen.gov.my. – BERNAMA

Kemaskini terakhir pada: 4 Disember 2019 | Hits: 11254

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my