SPEAKER DEWAN RAKYAT AKAN PASTIKAN LAPORAN PROJEK LCS DIBAHAS DI PARLIMEN
control 1control 2control 3
SPEAKER DEWAN RAKYAT AKAN PASTIKAN LAPORAN PROJEK LCS DIBAHAS DI PARLIMEN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata beliau   akan memastikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibahas di Parlimen.

Beliau berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.

Johari berkata beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas TLDM di Lumut, Perak hari ini dengan diiringi Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Naib Pengerusi PAC Wong Shu Qi dan ahli lain jawatankuasa itu.

"Saya diberi taklimat perkembangan pembinaan Kapal Tempur Pesisir oleh Pengarah Pasukan Projek LCS TLDM Franklin Jeyasekhar Joseph dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd Azhar Jumaat," menurutnya dalam hantaran di media sosial X (Twitter).

Pada 21 Sept lepas, Mas Ermieyati berkata laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua-LCS adalah antara empat laporan yang akan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat yang dijadual bersidang bermula 9 Okt ini.

Katanya laporan itu adalah bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023.

Sumber Bernama

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia

Kemaskini terakhir pada: 10 Oktober 2023 | Hits: 1643

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/12/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my