Kuala Lumpur, 18 Februari 2022 (Jumaat) — Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Azhar Azizan Harun hadir ke Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya semalam untuk menyampaikan taklimat kepada peserta Kursus Ketahanan Nasional (KKN) bertajuk “The Evolution of Malaysia’s Political Issues and Challenges: A Politician’s Perspective”.
Turut hadir, Komandan Maktab Ketahanan Nasional, YBhg. Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam bin Haji Jaffar. —- BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA