PARLIMEN MALAYSIA: 30 Julai 2020 (Jumaat) -- Pelaksanaan ujian saringan COVID-19 telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia. Semua pihak yang terlibat terdiri daripada ahli Senator Dewan Negara, pegawai agensi kerajaan dan kakitangan Parlimen Malaysia yang terlibat sepanjang Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas.
Ujian pengesanan Covid-19 menggunakan kaedah Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR). Pelaksanaan Persidangan Parlimen (Pelan Pemulihan Negara - Fasa 1) sebagai langkah keselamatan dan usaha mengekang penularan jangkitan wabak Covid-19. ---BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1355&time=1
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2725