UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA PADA ISNIN, 15 JULAI 2024
control 1control 2control 3
Sekalung tahniah diucapkan kepada seorang Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Ahli-ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah seperti berikut :

i)    YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah - Lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 15.7.2024.

Dalam ucapan YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengalu-alukan pelantikan YB Senator Dato Awang Bemee sebagai Ahli Dewan Negara.

Sebagai sebuah badan legislatif tertinggi negara, beliau juga mengingatkan YB Ahli Dewan Negara dapat melontarkan idea, pandangan serta cadangan yang benar-benar bebas daripada pengaruh peribadi dan politik dalam memutuskan sesuatu rang undang-undang atau usul selari dengan perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed turut menyeru YB Ahli Dewan Negara kepentingan untuk menjalinkan hubungan dengan erat bersama media serta berkongsi input terutama melalui media sosial untuk disebarluaskan sejajar dengan pengalaman, kepakaran dan profesionalisme masing-masing. 

Hadir bersama ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
15 Julai 2024

Kredit Foto: Nazri Rapaai @fotopenerangan

Kemaskini terakhir pada: 16 Julai 2024 | Hits: 138

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my