YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat
(Parlimen Port Dickson)
Kuala Lumpur, 15 Oktober - YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengangakt sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof dan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail.
Terdahulu YB Dato’ Seri Anwar telah menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober, selepas menewaskan enam pencabarnya daripada Pas dan Bebas dengan majoriti undi sebanyak 31,016 undi.
PRK Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi Parlimen tersebut pada 12 September lalu dan sekaligus memberi laluan untuk YB Dato’ Seri Anwar bertanding.
Kemaskini terakhir pada: 29 Oktober 2018 | Hits: 21038