Isnin, 22 Jun 2015 – Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar telah dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bersama-sama 4 orang lagi Ahli Dewan Negara yang baru. Sebelum ini, YB Senator Dr. Ariffin telah memegang jawatan bermula pada 1 Jun 2012 hingga 31 Mei 2015 dan telah dilantik semula sehingga 1 Jun 2018. Upacara tersebut telah diadakan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang juga Ahli-ahli Dewan Negara yang lain pada jam 10 pagi di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia.
YB Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk kali kedua.
Ahli-ahli Dewan Negara lantikan baru ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat, YB Senator Puan Siti Aishah bin Shaik Ismail,berusia 30 tahun dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin yang berumur 59 tahun. Senator lantikan baru yang lain ialah YB Senator Dato’ Hoh Khai Mun iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pahang dan YB Senator Puan Hajjah Norahan binti Abu Bakar yang memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Bahagian Kuala Krau.
YB Senator Puan Siti Aishah bin Shaik Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
Di samping itu, Yang di-Pertua Dewan Negara turut mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Dewan Negara lantikan baru dan berharap mereka dapat menunjukkan keperibadian yang tinggi ketika bersidang dan pada masa yang sama memelihara,melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Negara.