Kenyataan Media Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Ilham Heydar Oglu Aliyev, Presiden Republik Azerbaijan Oleh Yang Di-Pertua Dewan Negara
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     KENYATAAN MEDIA  

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PRESIDEN ILHAM HEYDAR OGLU ALIYEV, PRESIDEN REPUBLIK AZERBAIJAN OLEH YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA


29 April 2024, Baku, Azerbaijan – YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Ilham Aliyev, Presiden Republik Azerbaijan hari ini pada jam 2.00pm (waktu Malaysia). Kunjungan hormat ini turut disertai oleh TYT Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, Duta Malaysia ke Azerbaijan, YB Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman.

 

  1. Di dalam pertemuan tersebut, Presiden Ilham Aliyev mengucapkan terima kasih kepada YB Senator Datuk Mutang Tagal yang telah mengetuai delegasi Malaysia di dalam “6th World Forum on Intercultural Dialogue”. Kunjungan dan penyertaan dalam forum ini menandakan komitmen berterusan Malaysia dalam pengukuhan hubungan dua hala dengan Republik Azerbaijan. Semasa perbincangan, kedua-dua pihak telah menyatakan minat untuk memperluas dan memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang penting termasuk tenaga, ekonomi, dan hal ehwal luar negeri.

 

  1. Republik Azerbaijan juga tuan rumah bagi penganjuran “UN Climate Change Conference (UNFCCC COP 29)” telah menjemput Malaysia untuk menghadiri persidangan tersebut. Di dalam pertemuan ini Presiden Ilham Aliyev dan delegasi Malaysia telah bersetuju agar negara-negara yang sehaluan (“like minded countries”) seperti Azerbaijan dan Malaysia membincangkan agenda bersama yang bersesuaian sebelum persidangan COP29 itu bermula bagi memastikan suara dan kepentingan negara-negara ini didengari dalam perbincangan global tersebut.

 

  1. Selain itu, Presiden Ilham Aliyev telah menyuarakan tentang kepentingan soladariti negara Islam dan beliau turut berharap agar aktiviti ekonomi antara Malaysia dan Republik Azerbaijan ditingkatkan bagi memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara. Ini akan membuka lebih banyak peluang bagi syarikat-syarikat dari kedua-dua negara untuk berkolaborasi dan memanfaatkan potensi ekonomi.
 

Melalui pertemuan dan perbincangan ini, Malaysia dan Azerbaijan berharap dapat membina satu kerjasama yang lebih kukuh dan berkesan, serta memperkasa hubungan dua hala untuk manfaat bersama.

 

  1. Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian dari usaha berterusan Malaysia untuk memperkuatkan hubungan dua hala dengan Azerbaijan, terutama dalam mempromosikan dialog antara pelbagai budaya dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama.

 

  1. Delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Senator Datuk Mutang Tagal kini berada di Baku, Azerbaijan bagi menghadiri “6th World Forum on Intercultural Dialogue” yang akan berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di sana. Maklumat lanjut mengenai forum ini boleh didapati di laman web rasmi forum: https://bakuprocess.az/forums/7/about-forum.

 

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
29 April 2024
Pertanyaan Media:
Norhayati Abd Manaf, Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Negara Tel: +6012 – 393 5075 / Email: norhayati@parlimen.gov.my
Ref No: PAR/YPDN/AM.23 (24)


Kemaskini terakhir pada: 6 Mei 2024 | Hits: 254

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.040 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my