Isnin, 7 April 2014 – YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) Parlimen Malaysia di Bilik Jawatankuasa 1 pada 4 April 2014 bermula pada jam 9 pagi. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara.
Rangkuman gambar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil 1/2014
Mesyuarat MBJ Bil 1/2014 telah dihadiri oleh pihak pengurusan serta wakil-wakil pekerja. Agenda mesyuarat merangkumi ucapan alu-aluan dari Pengerusi MBJ, ucapan dari Pengerusi Pihak Pekerja, pengesahan Minit Mesyuarat MBJ Bil. 3/2013 dan perbincangan usul-usul dari pihak pekerja. Pelbagai isu mengenai kebajikan pekerja telah dibincangkan. Melalui mesyuarat ini, pihak pekerja mempunyai saluran yang tepat untuk membawa segala masalah yang di hadapi kepada pengetahuan pihak majikan.
Rangkuman gambar Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat JKTU
Mesyuarat Pengurusan juga telah diadakan dan telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi Parlimen Malaysia dan pegawai-pegawai kanan. Pelbagai perkara telah dibincangkan merangkumi takwim kursus-kursus yang akan dilaksanakan oleh pihak Parlimen, pengurusan cuti, HRMIS, sasaran kerja tahunan (SKT), laporan nilaian prestasi tahunan (LNPT) dan sebagainya.
Selain itu, Mesyuarat JKTU Bil 2/2014 juga telah diadakan pada jam 11.30 pagi. Agenda mesyuarat merangkumi hal-hal berbangkit seperti audit kehadiran pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia, tatacara menjawab emel pertanyaan serta hal-hal berkaitan. Mesyuarat ini tamat kira-kira jam 12.30 tengahari.