Antara tetamu kehormat yang sempat meluangkan masa ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara dan isteri, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Haji Ismail Mohamed Said, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, AJK Majlis Senator Malaysia, YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan isteri, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara.
YBhg. Datuk Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir diikuti oleh ucapan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Ketika majlis berlangsung, Tabung Gaza Parlimen Malaysia telah dilancarkan untuk membantu penduduk Gaza yang ketika ini menjadi mangsa kekejaman rejim Israel. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bersama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Selain itu, majlis sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Band 1Parlimen. Walaupun sambutan kali ini diadakan dalam suasana sederhana, namun kemeriahannya tetap dirasai bersama. Sambutan ini tamat kira-kira jam 1:30 petang.