PARLIMEN MALAYSIA, 17 Feb - Sidang pertama Parlimen Belia Malaysia (PBM) 2016 yang dihadiri seramai 124 orang Ahli Parlimen Belia Malaysia telah dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Haji Ismail Mohamed Said.
Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah semasa bertindak sebagai Yang di-Pertua. Turut kelihatan Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Roosme Hamzah.
Kemampuan belia memiliki rumah mampu milik adalah antara tajuk perbahasan Parlimen Belia Malaysia yang bersidang di Dewan Rakyat di sini selama dua hari mulai Rabu.
Suasana dewan ketika Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) berlangsung
Tiga lagi usul yang telah dibahaskan ialah mengenai langkah menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia, tahap perkhidmatan taska/tadika dan cara meningkatkan keupayaan sara hidup mahasiswa.
Ahli Parlimen Belia Malaysia bergambar kenang-kenangan dengan Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah
Menurut kenyataan daripada Kementerian Belia dan Sukan, resolusi perbahasan selama dua hari sidang Parlimen itu akan dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan.