PARLIMEN MALAYSIA, 24 Mei – Yang di-Pertua Dewan Negara (YPDN) YB Senator Datuk SA. Vigneswaran hari ini menerima kunjungan hormat tujuh anggota delegasi dari Maghribi di Bilik Kunjungan Hormat, di sini.
Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Presiden Kumpulan Persahabatan antara Parlimen Maghribi-Malaysia TYT Khadija Yamllahi sambil diiringi oleh Duta Tetap Maghribi ke Malaysia TYT Ahmed Faouzi.
Delegasi anggota Parlimen Maghribi yang diketuai Presiden Kumpulan Persahabatan antara Parlimen Maghribi-Malaysia TYT Khadija Yamllahi juga disertai Duta Tetap Maghribi ke Malaysia TYT Ahmed Faouzi.
Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran bergambar kenangan bersama Delegasi Maghribi di akhir kunjungan hormat berkenaan. Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad dan juga Ahli-Ahli Dewan Negara.
Kemudian delegasi berkenaan turut melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (TYPDR I) YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata kedua-dua pihak berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang sistem Parlimen di negara masing-masing.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berjabat tangan dengan Presiden Kumpulan Persahabatan antara Parlimen Maghribi-Malaysia TYT Khadija Yamllahi di Bilik Kunjungan Hormat Parlimen.
"Sesi perbincangan hari ini membincangkan kelebihan dan kekurangan perjalanan Parlimen di kedua-dua negara, perbincangan ini diharap dapat memperbaiki sistem Parlimen di negara ini supaya menjadi lebih baik lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berbual dengan Presiden Kumpulan Persahabatan antara Parlimen Maghribi-Malaysia TYT Khadija Yamllahi yang datang mengunjungi beliau di Parlimen. Turut kelihatan, Duta Tetap Maghribi ke Malaysia TYT Ahmed Faouzi.