PARLIMEN MALAYSIA: 21 Disember 2020 (ISNIN) — YB Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong 59, mantan Ahli Parlimen Alor Gajah dan YB Senator Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian 42, Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sarawak telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara.
Kedua-dua ahli ini adalah merupakan lantikan baharu, iaitu YB Koh Nai Kwong, dipilih oleh DUN Melaka manakala YB Jaziri Alkaf merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong. - BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Kemaskini terakhir pada: 22 Disember 2020 | Hits: 7289