PARLIMEN MALAYSIA: 14 DISEMBER 2020 (ISNIN) —Parlimen Malaysia telah menjalankan Operasi disinfeksi COVID -19 untuk Persidangan Dewan Rakyat dan Negara yang telah berlangsung dari 2 November hingga 23 Disember ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba & Penyelamat Jalan Tun Razak Kuala Lumpur . Proses ini diuruskendali oleh Bahagian Pengurusan dan Keselamatan Parlimen Malaysia dengan kerjasama pasukan HAZMAT dengan kekuatan pasukan seramai 9 orang anggota . Pelaksanaan proses ini dilakukan pada setiap hari setelah tamat persidangan di sebelah malam semenjak proses ini diwajibkan oleh pihak kerajaan.
Operasi disinfeksi ini adalah antara pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memerangi penularan wabak COVID-19 dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Negara serta warga kerja Parlimen Malaysia amnya. Selain itu semua yang terlibat di Parlimen Malaysia adalah diwajibkan sentiasa mematuhi semua garis panduan pencegahan COVID-19 yang berkuatkuasa seperti memakai pelitup separuh muka, mengimbas suhu badan ,mengimbas kod my sejahtera, mencuci tangan dan sentiasa menjaga jarak fizikal antara satu sama lain. - BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Kemaskini terakhir pada: 15 Disember 2020 | Hits: 14152