Siaran Media Dua Senator Mengangkat Sumpah Dewan Negara
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA
OLEH
PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 

dua senator mengangkat sumpah dewan negara

 

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Dua senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim hari ini. Senator Datuk Lim Pay Len dipilih oleh DUN Johor yang merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor dilantik sebagai Ahli Dewan negara berkuatkuasa mulai 26 Jun 2022 hingga 25 Jun 2025. Manakala Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim dari DUN Sarawak merupakan Pengarah Amgreen Gain Sdn. Bhd. dan berkelulusan Bachelor of Science, Universiti San Francisco, Carlifonia dilantik berkuatkuasa mulai 22 Julai 2022 hingga 21 Julai 2025.


Yang di-Pertua Dewan Negara, dalam ucapannya, menyarankan agar sumpah perjawatan yang telah dibuat perlu sentiasa dilihat kembali hubungannya dengan pelaksanaan, politik dan kejiwaan. “Jika sumpah dilaksanakan mengikut apa yang diterakan dalam perlembagaan, maka akan kuranglah pemimpin yang menjadi penjenayah, memuslihatkan keadaan dan akan kuranglah kita dicap sebagai kurang bertanggungjawab terhadap rakyat” kata Tan Sri Rais.


Tambah beliau lagi, “Sebagai Senator Dewan Negara, kita mempunyai pendirian yang jelas dan tanggungjawab yang perlu diambil kira semasa berucap dan berbahas. Diharap semua ahli Yang Berhormat dapat menerapkan semua peraturan mesyuarat dan menjadi seorang Senator, yang apabila berbahas tidak perlu membaca teks.

Dalam ucapan penutup itu juga, Tan Sri Rais turut memaklumkan, Jemaah Menteri pada 1 Jun lepas telah bersetuju dengan cadangan dan perakuan Jawatankuasa Transformasi Parlimen supaya Parlimen Malaysia berfungsi mengikut dasar pengasingan kuasa seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Transformasi Parlimen akan memberi tumpuan kepada Penggubalan Akta Mengenai Penubuhan Suruhanjaya Parlimen, Pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347]  dan Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen dan berharap dapat dimajukan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat sama-sama berjuang agar dewan ini menjadi dewan terhormat dan terus mengepalai kedudukannya sebagai dewan atasan yang setaraf dengan dewan-dewan di dunia dan boleh memperjuangkan hak-hak perlembagaan Malaysia dan di bawah kuasa perundangan lain”, kata Tan Sri Rais mengakhiri ucapannya.

 

 

8 Ogos 2022
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur


Kemaskini terakhir pada: 5 September 2022 | Hits: 2488

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.041 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my