Kembali Ke Senarai | PROGRAM ANALISIS WARNA DAN PENAMPILAN DIRI

Penampilan yang baik bukan sekadar tentang gaya, tetapi bagaimana kita mengenali diri, memilih warna yang sesuai dan membina keyakinan dalam berinteraksi.
Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Kecil Parlimen Malaysia bersama Biro Kebajikan KESPA telah menganjurkan Program Analisis Warna dan Penampilan Diri yang disampaikan oleh Puan Siti Mizalwa Idris (Wawa Idris), Perunding Imej sebagai satu inisiatif untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada para peserta dalam meningkatkan keterampilan serta penampilan diri.
Sepanjang program, para peserta berpeluang mengenali warna yang bersesuaian dengan tona diri, mendapatkan tip pemilihan warna dan gaya, serta memahami kepentingan penampilan yang kemas, profesional dan bersesuaian dengan imej diri.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Mizalwa Idris (Wawa Idris) atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang begitu bermakna. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan memeriahkan program ini.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan membantu membina keyakinan diri serta imej yang lebih positif dan profesional.,
21 September 2026 I 9:00 pagi I Bilik Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia
Foto: Elfin
ELF-08316
ELF-08316
ELF-08319
ELF-08319
ELF-08278
ELF-08278
ELF-08287
ELF-08287
ELF-08282
ELF-08282
ELF-08264
ELF-08264
ELF-08261
ELF-08261
ELF-08240
ELF-08240
ELF-08237
ELF-08237
ELF-08242
ELF-08242
ELF-08234
ELF-08234
ELF-08227
ELF-08227
ELF-08229
ELF-08229
ELF-08223
ELF-08223
ELF-08221
ELF-08221
ELF-08214
ELF-08214
ELF-08217
ELF-08217
ELF-08211
ELF-08211
1 - 2 - 3 - 4 >