HARI TERBUKA PARLIMEN MALAYSIA 2026: MERAKYATKAN REFORMASI INSTITUSI PERUNDANGAN NEGARA
control 1control 2control 3
Parlimen Malaysia kembali membuka ruang interaksi awam menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 (HTPM 2026) yang berlangsung selama dua (2) hari mulai 12 September 2026 hingga 13 September 2026 di Kompleks Parlimen Malaysia. Bertemakan Merakyatkan Parlimen: Reformasi Institusi Perundangan Negara, acara ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Penganjuran edisi ketiga ini turut mengambil kira sambutan ulang tahun ke-67 Parlimen yang disambut pada tanggal 11 September saban tahun. Dalam masa sama, penganjuran ini turut dianjurkan bersekali dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 sebagai usaha menggelorakan semangat kebangsaan menerusi kefahaman amalan demokrasi negara.

Oleh itu, ini menjadi simbol komitmen institusi Parlimen terhadap menjayakan agenda reformasi yang sedang giat dilaksanakan termasuk usaha ke arah pemerkasaan Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA). Penganjuran HTPM 2026 memberi peluang kepada orang awam secara eksklusif bagi melawat Dewan Negara dan Dewan Rakyat secara dekat tanpa memerlukan janji temu sepanjang tempoh penganjurannya. Walau bagaimanapun, akses ini masih tertakluk kepada ketetapan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298). Kelonggaran akses ini dipercayai memanfaatkan lebih 10,000 pengunjung untuk merasai pengalaman demokrasi berparlimen secara langsung.

Kemaskini terakhir pada: 18 September 2026 | Hits: 153

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/09/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my