Jawatankuasa Dewan ditubuhkan di bawah Peraturan Mesyuarat 71, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara. Jawatankuasa ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang Ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan setiap penggal Parlimen.
Jawatankuasa Dewan berfungsi untuk menimbangkan dan menasihatkan Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan yang terdapat bagi Ahli-ahli Majlis.
Jawatankuasa Dewan tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis membuat ketetapan memberi kuasa untuk berbuat demikian.
Setiap minit mesyuarat Jawatankuasa Dewan akan dihantar kepada semua Ahli Majlis.
Jawatankuasa Dewan diberi kuasa untuk bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Jawatankuasa Dewan, Majlis Dewan Rakyat.
| 1) | YB Senator Dato Awang Bemee Bin Awang Ali Basah |
| Yang di-Pertua Dewan Negara - (Pengerusi) | |
| 2) | YB Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan |
| 3) | YB Senator Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman |
| 4) | YB Senator Tuan Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz |
| 5) | Belum dilantik |
| 6) | Belum dilantik |
| 7) | Belum dilantik |
Kemaskini terakhir pada: 25 Jun 2026 | Hits: 60912
www.parlimen.gov.my