Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat ditubuhkan di bawah Peraturan Mesyuarat 73, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara. Jawatankuasa ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang Ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segeranya selepas dimulakan setiap penggal Parlimen.
Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat mempunyai kewajipan untuk menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat yang diserahkan oleh Majlis kepadanya dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis membuat ketetapan memberi kuasa untuk berbuat demikian.
Jika seseorang Ahli ingin mencadangkan pindaan kepada Peraturan Mesyuarat, Pemberitahu Usul tersebut mesti disertakan dengan draf pindaan yang dicadangkan. Setelah Usul itu dikemukakan dan disokong, ia akan terus dirujuk kepada Jawatankuasa ini tanpa dibahaskan dalam mesyuarat. Usul itu juga tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa mengemukakan penyata kepada Majlis.
| 1) | YB Senator Dato Awang Bemee Bin Awang Ali Basah |
| Yang di-Pertua Dewan Negara - (Pengerusi) | |
| 2) | YB Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol |
| 3) | YB Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong |
| 4) | YB Senator Tuan Robert Lau Hui Yew |
| 5) | YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli |
| 6) | YB Senator Tuan Abun Sui Anyit |
| 7) | YB Senator Datuk Nelson W Angang |
Kemaskini terakhir pada: 25 Jun 2026 | Hits: 45034
www.parlimen.gov.my