Lawatan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas Ke Jepun: Memperkasa Peranan Jawatankuasa Dalam Hal Ehwal Keselamatan Serta Program Latihan Khidmat Negara
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

       KENYATAAN MEDIA  

 

LAWATAN JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KESELAMATAN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KELIMA BELAS KE JEPUN: MEMPERKASA PERANAN JAWATANKUASA DALAM HAL EHWAL KESELAMATAN SERTA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

 

  1. Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Keselamatan, Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja ke Jepun pada 16 hingga 20 Jun 2025, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanda aras untuk memperkukuh peranan Jawatankuasa dalam pemantauan dasardasar keselamatan dan memperluas kefahaman terhadap tadbir urus keselamatan negara, program latihan khidmat negara serta sistem pemulihan tahanan yang dilaksanakan oleh negara maju. 

 

  1. Lawatan ini melibatkan kunjungan hormat, sesi dialog dan lawatan tapak ke beberapa institusi utama berkaitan keselamatan, pertahanan dan legislatif di Jepun. Ia merupakan susulan kepada usaha berterusan JKPK Keselamatan dalam mengkaji keberkesanan dasar dan pelaksanaan program berkaitan keselamatan negara termasuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Inisiatif ini juga selaras dengan komitmen Jawatankuasa untuk memastikan aspek keselamatan nasional Malaysia ditadbir secara telus, bertanggungjawab dan berpaksikan kepada amalan terbaik antarabangsa.

 

  1. Delegasi lawatan kerja ini telah diketuai oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang mewakili Pengerusi JKPK Keselamatan, bersama-sama YB Dato’ Khlir bin Mohd Nor (Ahli Parlimen Ketereh), YB Tuan Pang Hok Liong (Ahli Parlimen Labis) dan YB Lim Lip Eng (Ahli Parlimen Kepong). Delegasi turut disertai oleh pegawaipegawai Parlimen Malaysia dan agensi keselamatan berkaitan.

 

  1. Antara institusi yang telah dilawati termasuklah Japan National Diet, Kementerian Pertahanan Jepun, National Defense Academy of Japan (NDAJ), dan Tokyo Detention House. Delegasi turut mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dan mengadakan sesi perbincangan bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Negara Parlimen Jepun di mana perbincangan telah menjurus kepada peranan badan legislatif dalam menyemak dan meneliti dasar pertahanan serta keselamatan awam Jepun.

 

  1. Lawatan ini juga memberi peluang kepada Ahli-ahli Jawatankuasa untuk memahami secara langsung struktur latihan tentera serta program dan sistem latihan ketenteraan pasukan simpanan di Jepun, termasuk sistem pendidikan ketenteraan di NDAJ serta pengurusan institusi pemulihan dan tahanan melalui lawatan ke Tokyo Detention House. Semua dapatan dan pemerhatian dari lawatan ini akan dijadikan asas penambahbaikan kepada pelaksanaan penuh PLKN 3.0 yang dirancang pada tahun 2026, pelaksanaan latihan ketenteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta pengurusan tahanan di pusat tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
     

  2. Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan lawatan ini, khususnya Kedutaan Besar Malaysia di Jepun, Kementerian Pertahanan Jepun, Japan National Diet, Tokyo Detention House serta semua institusi atas kerjasama yang telah diberikan.
     

Sekian, terima kasih.


YANG BERHORMAT TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH
Ahli Parlimen Ledang merangkap Ketua Delegasi
Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan
Dewan Rakyat ke Jepun pada 16 hingga 20 Jun 2025

 

 

 

 


Kemaskini terakhir pada: 1 Julai 2025 | Hits: 669

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.049 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my