Perpustakaan Parlimen Malaysia telah mengadakan program ‘JOM BACA BERSAMA 10 MINIT TAHUN 2021’ pada 22 April 2021 (khamis) bertempat di Perpustakaan Parlimen Malaysia, dan ruang Istirehat Ahli Parlimen, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Antara yang terlibat adalah YBrs. Puan Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Tuan Muhd Sujairi Bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara, YBrs. Dr Nizam Mydin Bin Bacha Mydin, YBrs. Tuan Riduan Bin Rahmat, Setiausaha Bahagian Dewan Negara dan seluruh warga Parlimen.
Program ini merupakan program tahunan utama anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Marilah kita jadikan tabiat membaca buku sebagai terapi minda dan menjadi rakyat Malaysia yang berpengetahuan. – BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2743