Kajian Kepuasan Pelanggan ini dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan yang telah diterima sepanjang berada di Kompleks Parlimen Malaysia.
Orang ramai adalah disaran untuk memberikan maklum balas berpandukan pengalaman/ perkhidmatan yang diterima bagi menilai mutu perkhidmatan, kecekapan dan profesionalisme warga Parlimen Malaysia. Ini adalah selaras kepada manifestasi Parlimen Malaysia ke arah "Merakyatkan Parlimen".
Justeru, pandangan/ cadangan/ maklum balas/ penghargaan anda amat dihargai bagi membantu Parlimen Malaysia ke arah kualiti perkhidmatan serta pemerkasaan penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih baik.