SIARAN MEDIA
OLEH
YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
RUU PERKHIDMATAN PARLIMEN DIBENTANG NOVEMBER INI
- Mesyuarat Khas berkenaan Transformasi Parlimen yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah diadakan pada hari ini 29 September 2022 di Blok Utama Parlimen Malaysia.
- Transformasi Parlimen pada ketika ini sedang berjalan lancar.Dalam mesyuarat tersebut dimaklumkan bahawa proses Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Sri Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Syukor Mahmood, dan pegawainya serta wakil dari Jabatan Peguam Negara.
- Jabatan Peguam Negara dan BHEUU sedang menyediakan Draf Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang dipantau oleh Jawatankuasa Transformasi Parlimen dari semasa ke semasa.
- Rang Undang-undang tersebut dijangka akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bulan November ini.
- Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang disediakan termasuk Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen, pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen.
- TAMAT -
YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim Yang di-Pertua Dewan Negara
29 September 2022