LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA DAN PEGAWAI-PEGAWAI PARLIMEN MALAYSIA KE NEGERI KEDAH
control 1control 2control 3
Isnin, 7 Oktober 2013 – Satu lawatan kerja oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara bersama-sama 30 orang pegawai Parlimen Malaysia telah diadakan bermula pada 2 hingga 4 Oktober 2013. Turut menyertai lawatan kerja tersebut ialah YBhg. Datuk Zamani Hj. Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara.
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang Di-Pertua Dewan Negara berjabat tangan dengan
Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, Menteri Besar Kedah
 
Sesi lawatan ke Pejabat Menteri Besar Kedah.
 
Semasa lawatan tersebut, Yang di-Pertua Dewan Negara dan rombongan telah mengunjungi Pejabat Menteri Besar dan SUK Kedah di Wisma Darul Aman serta bertemu dengan YAB Dato’ Paduka Hj. Mukhriz Tun Mahathir.
 
Sesi taklimat  oleh Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, Menteri Besar Kedah kepada
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang serta para rombongan.

Semasa lawatan tersebut ,YAB Menteri Besar Kedah telah sudi memberikan taklimat ringkas kepada Yang di-Pertua Dewan Negara dan rombongan. Ahli rombongan tersebut juga telah berpeluang untuk beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan di Pejabat Menteri Besar dan SUK Kedah.

Lawatan ke Dewan Undangan Negeri Kedah yang diiringi oleh Menteri Besar Kedah dan
 Spaeker Dewan Undangan Negeri Kedah.
 
Selain itu, Yang di-Pertua Dewan Negara dan rombongan telah di bawa melawat ke Dewan Undangan Negeri Kedah.  YAB Dato’ Paduka Hj. Mukhriz Tun Mahathir dan YB Dato' Paduka Md.Rozai Bin Shafian, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah turut serta semasa sesi lawatan tersebut. Secara tidak langsung, lawatan ini memberi peluang kepada ahli-ahli rombongan untuk melihat dengan lebih dekat dewan yang digunakan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diadakan.
 
Sessi Bergambar di  Dewan Undangan Negeri Kedah
 
Antara aktiviti lain yang diadakan semasa lawatan tersebut ialah sesi taklimat oleh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Kedah yang telah di sampaikan oleh YBhg. Encik Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Nain yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah 1, Unit Perancang Ekonomi. Taklimat yang disampaikan meliputi projek-projek pembangunan yang akan dijalankan di negeri Kedah.
 
Taklimat oleh Unit Perancang Ekonomi ( UPEN ) Negeri Kedah
 
Lawatan kerja ini penting untuk memberi pendedahan kepada para pegawai di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara sesama kakitangan. 

 

 

 


Kemaskini terakhir pada: 9 Oktober 2013 | Hits: 17787

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/05/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.103 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my