YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah hadir mendengar amanat oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri sempena Majlis Amanat Perdana Kebangsaan 2024 di PICC, Putrajaya hari ini.
Kehadiran seramai 7,000 terdiri daripada penjawat awam, pesara dan veteran serta badan bukan kerajaan (NGO) hadir bagi menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi baharu.
Antara perkara yang menjadi keutamaan ialah peranan generasi muda sebagai penegak keadilan bagi mengangkat martabat serta kedaulatan negara dan bangsa.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
30 Ogos 2024
kredit foto: Ahmad Afifi