YB Senator Tuan Zaiedi bin Haji Suhaili angkat sumpah sebagai
Ahli Dewan Negara
PARLIMEN MALAYSIA, 22 JULAI - YB Senator Tuan Zaiedi bin Haji Suhaili hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.
YB Senator Tuan Zaiedi bin Haji Suhaili dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak dan tempoh lantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 19 Julai 2019 sehingga 18 Julai 2022.
Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang politik dan aktiviti sosial. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah:
1990 – 1992 : Setiausaha Agung Persatuan Pembekal dan Pembinaan Bumiputera Sarawak (PARBUMIS)
1992 – 1995 : Naib Yang Di Pertua PARBUMIS
1991 – 1996 : Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian PBB N.5 Tupong
1988 – 1991 : Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian PBB N.6 Satok
2017 : Penasihat Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Sarawak
Kemaskini terakhir pada: 24 Mei 2022 | Hits: 13842