20 JANUARI 2022 (KHAMIS); MAJLIS ANGKAT SUMPAH DEWAN NEGARA 2O JANUARI 2022
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR: 20 Januari 2022 (Khamis) --- Dua ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, hari ini.


Mereka ialah Datuk Iskandar Dzulkarnian Abdul Khalid dan Datuk Shamsudin Abd Ghaffar yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu bagi tempoh satu penggal pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.


Pelantikan mereka berkuat kuasa mulai 20 Dis 2021 hingga 19 Dis 2024 setelah dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mengisi kekosongan kerusi Ahli Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Ogos 2021.


Iskandar Dzulkarnian, 45, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan, sumber manusia dan pemasaran dari Universiti di Perth, Australia serta kini memegang jawatan sebagai Pengarah dan Pengerusi MALAYSIAN Bioconomy Development Corporation (Bioconomy Corporation).


Shamsuddin, 72, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, pernah dlantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selama  18 tahun, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak selama lima tahun.


Sementara itu, Rais Ketika berucap mengalu-alukan pelantikan kedua-dua Ahli Dewan Negara itu sambal mengingatkan mereka supaya menggalas tanggungjawab sebaik mungkin serta menunaikan segala sumpah dilafazkan dengan penuh amanah kerana Dewan Negara sedang melalui fasa transformasi.


“Pelantikan Yang Berhormat berdua (Iskandar Dzulkarnain dan Shamsudin) berdasarkan peruntukan Perkara 45 1(a) Perlembagaan Persekutuan yang dipilih mewakili negeri-negeri sepertimana Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan.


“Yang Berhormat seharusnya dapat menggunakan pentas ini seluas mungkin untuk membawa suara negeri Yang Berhormat wakilkan di Dewan yang mulia ini agar peranan Yang Berhormat sebagai wakil negeri dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor serta dihomati,” kata Rais sambal mengingatkan senator agar berdebat secara sihat di dalam Dewan. – SUMBER BERNAMA


Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1441&time=1


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 2369

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my