Khamis, 16 Januari 2014 – Seramai 70 orang pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia telah menyertai Majlis Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Dengan tema "Wasatiyyah Tonggak Pembangunan Ummah", perarakan ini telah berjaya menyatukan semua kakitangan Parlimen Malaysia dan bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.
Rangkuman gambar-gambar sekitar Majlis Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
Seperti yang diketahui umum, Sambutan Maulidur Rasul adalah merupakan acara rasmi kerajaan dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Agong, DYMM Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Sambutan ini juga telah melibatkan lebih 150 kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan juga sekolah. Sambutan ini tamat kira-kira jam 1 petang.