Rabu, 6 November 2013 – Majlis Penyerahan Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2012 kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Haji Abu Kassim Mohamed kepada YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang selaku Pengerusi JKMR dan Ahli-ahli JKMR telah diadakan di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Parlimen Malaysia bermula pada jam 10.15 pagi.
Rangkuman gambar-gambar ketika Majlis Penyerahan Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2012
Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah YB Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato’ Fauzi Abd Rahman, Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato’ Haji Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong, YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu dan YB Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor, Ahli Dewan Negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM merakamkan gambar bersama-sama Pengerusi dan Ahli-ahli JKMR
Selepas upacara penyerahan laporan tersebut, sidang media oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi JKMR juga telah diadakan. Di samping itu, sesi ramah mesra di antara pihak Pengurusan Tertinggi SPRM dan Ahli-ahli JKMR turut diadakan di akhir majlis. Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada jam 1 petang.