KEUNGGULAN 67 TAHUN MENONJOLKAN KOMITMEN REFORMASI INSTITUSI PERUNDANGAN NEGARA
control 1control 2control 3
Penganjuran Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 (HTPM 2026) telah menerima sambutan luar biasa dan melebihi jangkaan bagi tempoh dua (2) hari penganjuran di Kompleks Parlimen Malaysia.

 
Seramai 13,368 pengunjung daripada pelbagai demografi pengunjung termasuk warganegara asing telah hadir ke Parlimen Malaysia. Inisiatif ini telah membuka ruang interaksi awam dengan memanfaatkan penganjurannya, bermula 12 September 2026 hingga 13 September 2026 di Kompleks Parlimen Malaysia.

Majlis Penutupan dan Penghargaan HTPM 2026 telah disempurnakan oleh YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara. Sempena majlis penutupan tersebut, sebanyak 59 reruai merangkumi agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah diberi sijil penghargaan atas komitmen padu dan kerjasama strategik bagi menjayakan program ini.

Inisiatif eksklusif ini memberikan peluang keemasan kepada seisi keluarga serta khalayak untuk melangkah masuk secara terus ke Kompleks Parlimen Malaysia yang tertakluk di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298), sekali gus menyaksikan ruang persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat secara dekat.

Kelonggaran akses ini menjadi manifestasi nyata terhadap keunggulan Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi perundangan tertinggi negara serta menjadi cerminan komitmen berterusan ke arah pemerkasaan Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA). Menerusi pelbagai pengisian perkhidmatan, pameran interaktif, dan sesi dialog, HTPM 2026 telah berjaya merapatkan jurang antara institusi perundangan negara dengan rakyat serta meningkatkan celik demokrasi dan literasi undang-undang dalam kalangan masyarakat. Orang ramai amat menghargai inisiatif keterbukaan ini dan memberikan maklum balas yang amat positif sepanjang program berlangsung.

Parlimen Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengunjung, rakan media, pempamer, dan pihak yang terlibat atas sokongan penuh dalam merealisasikan agenda Merakyatkan Parlimen.

Kemaskini terakhir pada: 19 September 2026 | Hits: 160

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/09/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my