PERSIDANGAN SPEAKER - SPEAKER PARLIMEN & DUN SELURUH MALAYSIA 2021
control 1control 2control 3



KUANTAN: 9 Ogos 2021(ISNIN) -- Institusi raja hendaklah dipelihara serta dikekalkan sebagai salah satu kuasa semak dan imbang terakhir untuk rakyat serta negara, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah, raja pemerintah juga telah diperuntukkan tanggungjawab dalam Perlembagaan bagi memberi naungan saksama kepada setiap warganegara tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

"Institusi raja mengatasi garis politik, yang kekal bertindak tidak berpihak atau 'non-partisan' dan boleh bertindak sebagai penimbang tara sekiranya timbul pertelingkahan politik kepartian yang boleh menggugat kestabilan negara.

"Dalam erti kata lain, ahli politik juga tidak boleh berselindung atau menggunakan institusi raja untuk kepentingan politik mana-mana pihak," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seluruh Malaysia 2021 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Persidangan yang berlangsung secara dalam talian itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Tengku Hassanal juga bertitah, perkenan raja pemerintah perlu dihormati sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan dan tidak boleh dianggap sebagai formaliti atau 'ceremonial' sahaja.

"Institusi raja di Malaysia hendaklah dihormati semua pihak. Kuasa raja pemerintah sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang, tidak wajar dipertikaikan," titah baginda.

Dalam pada itu, Tengku Hassanal menasihati semua Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan DUN supaya menjalankan amanah dan tugas dengan sebaik mungkin.

Baginda bertitah, ia berpandukan pengalaman, pengetahuan dan integriti tinggi bagi menjamin persidangan berjalan telus, adil serta saksama.

"Yang di-Pertua mempunyai peranan penting bagi memastikan perdebatan badan legislatif berjalan dengan tertib, sopan dan teratur seperti 'standing orders' (peraturan majlis mesyuarat) yang ditetapkan," titah baginda.

Seterusnya, Tengku Hassanal bertitah, Parlimen dan DUN sebagai badan legislatif terulung, perlu berusaha memberi pandangan serta rujukan kepada generasi muda untuk persediaan mereka menggalas tanggungjawab itu.

Baginda bertitah, walaupun pelaksanaan persidangan belia pada peringkat Parlimen dan negeri diadakan, usaha berterusan atau keterlibatan dengan generasi itu perlu diteruskan supaya konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen difahami serta dihayati golongan muda. SUMBER:- BERITA HARIAN

Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 3229

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my