YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan pertemuan bersama TYT The Lord Ahmad of Wimbledon, Menteri Negara (Komanwel) UK.
Perbincangan memberi tumpuan antaranya mengenai peningkatan kerjasama pelbagai hala antara negara-negara Komanwel dalam menangani cabaran global yang kian mencabar.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut menyatakan pelbagai manfaat dapat dicapai dalam kerjasama ini antaranya bidang tenaga boleh baharu sebagai mekanisme mendepani perubahan iklim, kemandirian dalam isu keterjaminan makanan serta perkongsian teknologi dan kepakaran antara kedua-dua negara.
Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kemaskini terakhir pada: 29 April 2024 | Hits: 1746