PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS POLIS BANTUAN SIRI 1/2014
control 1control 2control 3
Selasa, 25 Mac 2014 – Berkat kesabaran dan kegigihan 15 orang Pelatih Polis Bantuan dari Parlimen Malaysia yang telah menjalani latihan selama 9 minggu, mereka telah berjaya menamatkan kursus tersebut serta diraikan dalam Perbarisan Tamat Latihan, Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2014  pada 20 Mac 2014 di PULAPOL Air Hitam, Negeri Sembilan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDH ACP Shuib Nordin, Penolong Pengarah Latihan (Pentadbiran/Latihan), Polis Diraja Malaysia.
 

Rangkuman gambar ketika Perbarisan Tamat Latihan, Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2014
 
Acara perbarisan bermula seawal jam 7.20 pagi dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan (berkenderaan). Selain itu, upacara penyampaian sijil tamat latihan dan penyampaian sijil pelatih terbaik kategori akademik, latihan luar dan keseluruhan juga telah diadakan.
 

Rangkuman gambar ketika Perbarisan Tamat Latihan, Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2014
 
Para pelatih polis bantuan ini telah mengikuti pelbagai program sejak hari pertama melapor diri termasuklah kelas undang-undang, latihan kawad, kelas seni mempertahankan diri, latihan jasmani, program team building, latihan menembak dan aktiviti keagamaan.
 
Selepas tamat kursus ini, semua para pelatih akan memulakan perkhidmatan sebagai polis bantuan dan menjaga ketenteraman serta keselamatan agensi-agensi. Acara perbarisan tersebut tamat kira-kira jam 1 petang.


Kemaskini terakhir pada: 25 Mac 2014 | Hits: 26852

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 21/05/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my