Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) merupakan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan. SUDR bertanggungjawab melaksanakan arahan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berhubung dengan perkara-perkara berkaitan dengan urusan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Tugas-tugas SUDR terkandung dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, seperti menyediakan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Majlis Mesyuarat dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, termasuk notis persidangan Dewan Rakyat, Aturan Urusan Mesyuarat, Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat, risalat-risalat, mengeluarkan Penyata Rasmi (hansard) serta menyelaraskan urusan berkaitan rang undang-undang, usul-usul dan pertanyaan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
SUDR juga merupakan Setiausaha kepada semua Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.
| NO | NAMA | TAHUN |
|---|---|---|
| 1 | Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin | 13.5.2020 - Kini |
| 2 | Riduan bin Rahmat | 22.2.2020 - 12.5.2020 |
| 3 | Datuk Roosme binti Hamzah | 26.12.2007 - 21.2.2020 |
| 4 | Datuk Mahmood bin Adam | 11.09.2006 - 20.12.2007 |
| 5 | Dato' Abdullah bin Abdul Wahab | 07.01.2004 - 15.08.2006 |
| 6 | Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan | 1998 - 06.01.2004 |
| 7 | Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Ali | 1993 - 1998 |
| 8 | Dato' Haji Wan Zahir bin Sheikh Abdul Rahman | 1988 - 1993 |
| 9 | Dato' Azizul Rahman bin Abdul Aziz | 1972 - 1988 |
| 10 | Ahmad bin Abdullah | 1969 - 1972 |
| 11 | Jaafar bin Mohd Taha | 1967 - 1969 |
| 12 | Haji Shamsuddin bin Haji Mohd Sidin | 1965 - 1967 |
| 13 | Sheikh Abdullah Sheikh Abu Bakar | 1964 - 1965 |
| 14 | C.A. Fredericks | 1959 - 1964 |
Kemaskini terakhir pada: 20 Januari 2025 | Hits: 282070
www.parlimen.gov.my