Siaran Media Lawatan Rasmi Presiden Repubik Kyrgyz Ke Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

       SIARAN MEDIA  

 

LAWATAN RASMI PRESIDEN REPUBIK KYRGYZ
KE PARLIMEN MALAYSIA

 

KUALA LUMPUR, 25 Jun—-Tuan Yang Terutama Sadyr Zhaparov, Presiden Republik Kyrgyz telah mengadakan lawatan rasmi ke Parlimen Malaysia. Ini merupakan lawatan beliau buat julung kalinya ke Malaysia semenjak beliau dilantik menjadi Presiden pada Januari 2021, menjadikan lawatan ini satu detik penting dan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Kyrgyz.

 

Tuan Yang Terutama Sadyr Zhaparov dan delegasi Republik Kyrgyz berada di Malaysia selama dua hari bermula pada 24 hingga 25 Jun 2025 bagi lawatan rasmi, sekaligus melakar satu detik bersejarah mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala, terutamanya dalam memperluas kerjasama antara institusi legislatif.

 

Dalam pertemuan antara Tuan Yang Terutama Sadyr Zhaparov bersama YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat tertumpu berkenaan pelbagai bidang berkepentingan bersama antaranya pendidikan dan kebudayaan, bagi menjalin hubungan strategik Malaysia dengan negara-negara dari Asia Tengah.

 

Parlimen Malaysia juga menzahirkan kesediaan untuk memperkukuh inisiatif bersama dan memperluas pertukaran maklumat kerjasama antara kedua-dua institusi parlimen. Presiden Republik Kyrgyz turut menyambut baik penubuhan Kumpulan Persahabatan Parlimen Malaysia–Asia Tengah sebagai platform keterlibatan yang berterusan dan bermakna.
 

 

Pertemuan ini juga turut dihadiri oleh YB Senator Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
 


Seterusnya, Tuan Yang Terutama mengakhiri lawatan dengan dibawa melawat ke Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang diringi oleh YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA

17 JUN 2025

 

 

 

 


Kemaskini terakhir pada: 1 Julai 2025 | Hits: 1108

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my